DANI TRADING
ID MY EN
← Semua artikel Penyelesaian masalah · Exness

Pengeluaran Exness lambat atau ditolak? Semak lima perkara ini

Kebanyakan masalah pengeluaran bukan kerana dana anda hilang, tetapi kerana syarat yang belum dipenuhi. Semak senarai berikut sebelum menghubungi support.

1. Pengesahan profil belum lengkap

Pengeluaran boleh disekat jika pengesahan identiti atau alamat belum selesai. Semak status pengesahan di Personal Area.

2. Kaedah pengeluaran berbeza dengan kaedah deposit

Exness lazimnya mewajibkan dana dikeluarkan melalui kaedah yang sama seperti semasa deposit. Jika anda deposit melalui dua kaedah, pengeluaran biasanya mengikut nisbah masing-masing.

3. Nama penerima tidak sama

Akaun bank atau e-wallet penerima mesti atas nama anda sendiri, sama dengan nama dalam akaun Exness.

4. Free margin tidak mencukupi

Jika masih ada posisi terbuka, dana yang boleh dikeluarkan terhad kepada free margin. Tutup posisi atau kurangkan jumlah pengeluaran.

5. Proses di pihak bank atau cuti umum

Selepas broker memproses, dana masih melalui bank atau penyedia pembayaran. Hujung minggu dan cuti umum boleh melambatkan dana masuk.

Sudah semak semua tetapi masih tertahan? Simpan nombor transaksi dan tangkapan skrin statusnya, kemudian hubungi live chat Exness. Jika akaun anda di bawah IB saya, hantar juga kepada admin supaya saya bantu panjangkan kepada pasukan broker.

Polisi pembayaran boleh berubah. Ikuti maklumat terkini di Personal Area Exness anda.